Numerasi Awal – Nombor, Tambah dan Tolak (Guru)

Dalam kursus ini, guru akan mempelajari pelbagai strategi untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran numerasi awal dalam pengenalan nombor dan strategi asas aritmetik secara berpusatkan murid. Kursus ini merangkumi topik Nombor, Tambah dan Tolak (NTT) daripada nombor bawah 10 sehingga nombor bawah 1000.

Kursus ini terbahagi kepada :

  • 7 bahagian pembelajaran
  • 4 penulisan refleksi
  • 2 kuiz
  • 2 diagnostik bersama semua murid (pra dan pasca)
  • 1 borang maklumbalas

Course Instructor

Cikgu Syakir Cikgu Syakir Author

Merupakan alumni guru felo TFM 2022 yang ditempatkan di SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar. Berpengalaman mengajar matematik di sekolah rendah dan berfokuskan pelajar-pelajar yang memerlukan intervensi numerasi awal. Cikgu Syakir sedang melanjutkan pelajaran dalam MA in Education di University of Birmingham.