Numerasi Awal – Nombor, Tambah dan Tolak (Guru)
Dalam kursus ini, guru akan mempelajari pelbagai strategi untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran numerasi awal dalam pengenalan nombor dan strategi asas aritmetik secara berpusatkan murid. Kursus ini merangkumi topik Nombor, Tambah dan Tolak (NTT) daripada nombor bawah 10 sehingga nombor bawah 1000.
Kursus ini terbahagi kepada :
- 7 bahagian pembelajaran
- 4 penulisan refleksi
- 2 kuiz
- 2 diagnostik bersama semua murid (pra dan pasca)
- 1 borang maklumbalas